Atasi Masalah Anak Sembelit

Ramai ibu-ibu runsing bila anak kecil tidak dapat membuang air besar dengan lancar atau dipanggil sembelit. Tidak tahan melihat anak menangis kesakitan dan tidak selesa ketika membuang air besar.

Antara punca berlakunya sembelit ialah disebabkan oleh susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberi susu ibu kerana susu ibu mudah dihadam. Sembelit juga terjadi apabila bayi tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema dan mula tumbuh gigi kerana kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.

Bila sembelit terjadi ibubapa akan bawa anak ke klinik untuk mendapat rawatan selanjutnya. Doktor selalu menyarankan ibubapa memberikan lebih air kosong kepada bayi dan tidak memberikan susu formula. Alternatif kepada susu formula untuk anak berasa kenyang ialah makanan berkuah/sup dan air kosong/air buah-buahan.

Jika tidak berjaya juga boleh la menggunakan ubat-ubat yang diberikan oleh doktor. Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi 6 bulan ke atas ialah Lactulose. Boleh juga dapatkan difarmasi-farmasi tetapi seeloknya dapatkan nasihat doktor.

Namun begitu, saya ada alternatif lain yang saya sendiri gunakan. Anak saya mula mengalami sembelit seusia setahun. Bermacam cara saya gunakan, antaranya berjumpa doktor, ambil ubat hemophaty, berikan jus buahan dan lain-lain. Bukan tidak berhasil tetapi sembelit kembali lagi dan lagi... Sehinggalah saya tekad untuk berikan anak saya set kanak-kanak dari Shaklee. Saya campurkan susu formula, tamar cocoa dan MEALSHAKES (info mealshakes). Saya juga berika Chewable Vitamin C kepada anak saya. Alhamdulillah, anak saya sekarang semakin ceria, berat bertambah, berselera makan dan aktif.

Set Kanak-kanak


Video berkenaa Mealshakes




No comments:

Post a Comment

meh komen skit (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...