Ulang Tahun Ke-3

Alhamdulillah,

Usia perkahwinan kami sudah 3 tahun. Rasa macam baru je semlm berdebar waktu akad nikah. hihi...
Terima kasih Ya Allh, kurniakan ku suami yang bertanggungjawab, penyayang dan rajin membantu kerja-kerja rumah...

Untuk ulang tahun ke 3 ni, hubby tanya nak hadiah atau sambut kat hotel (dalam ertikata lain honeymoon lah..hihi). Bila dah diberi pilihan mestilah saya nak gi honeymoon (gataiiii)... saya ni suka melancong aka lepak kat hotel sbb rasa tenang. suka swimming so kt hotel je la ada swimming pool kan...so saya pilih la honeymoon.

Pegi honeymoon ni semua saya arrangekan. duit hubby bg la :) memula pilih hotel kat KL. Flamingo Hotel. tapi mcm mahal sgt..ye la, nk duk semalam je. jauh pulak tu... opppsss lupa nak citer, anak saya tinggal ngan adik...huhu..privasi la konon...baru tinggal sejam dah rindu.

2 minggu sebelum tarikh tu, saya decide pegi Cyberview Resort & Spa. memang dekat dgn rumah. dalam 20 minit je perjalanan. Kawasan Cybervies Resort & Spa memang cantik, bilik bersih dan moden. Rasa puas hati la. Meh kita layan gambar-gambar.







 candle light dinner - dalam kawasan Cyberview jugak,
tak ingat pulak nama restoran italy tu. nanti saya update

Rindu punya pasal, suruh adik anta sofia pagi ahad tu.
Bagi dia mandi kt swimming pool, seronok betul.

Semoga cinta kita kekal ke Jannah. Mama love Papa forever.













No comments:

Post a Comment

meh komen skit (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...