Ulang Tahun Ke-3

Alhamdulillah,

Usia perkahwinan kami sudah 3 tahun. Rasa macam baru je semlm berdebar waktu akad nikah. hihi...
Terima kasih Ya Allh, kurniakan ku suami yang bertanggungjawab, penyayang dan rajin membantu kerja-kerja rumah...

Untuk ulang tahun ke 3 ni, hubby tanya nak hadiah atau sambut kat hotel (dalam ertikata lain honeymoon lah..hihi). Bila dah diberi pilihan mestilah saya nak gi honeymoon (gataiiii)... saya ni suka melancong aka lepak kat hotel sbb rasa tenang. suka swimming so kt hotel je la ada swimming pool kan...so saya pilih la honeymoon.

Pegi honeymoon ni semua saya arrangekan. duit hubby bg la :) memula pilih hotel kat KL. Flamingo Hotel. tapi mcm mahal sgt..ye la, nk duk semalam je. jauh pulak tu... opppsss lupa nak citer, anak saya tinggal ngan adik...huhu..privasi la konon...baru tinggal sejam dah rindu.

2 minggu sebelum tarikh tu, saya decide pegi Cyberview Resort & Spa. memang dekat dgn rumah. dalam 20 minit je perjalanan. Kawasan Cybervies Resort & Spa memang cantik, bilik bersih dan moden. Rasa puas hati la. Meh kita layan gambar-gambar.







 candle light dinner - dalam kawasan Cyberview jugak,
tak ingat pulak nama restoran italy tu. nanti saya update

Rindu punya pasal, suruh adik anta sofia pagi ahad tu.
Bagi dia mandi kt swimming pool, seronok betul.

Semoga cinta kita kekal ke Jannah. Mama love Papa forever.













Kenali Shaklee

Shaklee Corporation ditubuhkan pada 1956 dan beribu pejabat di Pleasanton, California. Pengasasnya ialah Dr Forrest C Shaklee.

Serba sedikit berkenaan Dr Forrest C Shaklee


  • Dr Forrest C Shaklee dilahirkan pada November di Carlisle, Iowa. Beliau disahkan menghidap penyakit Tuberculosis (batuk kering) sewaktu masih bayi. Doktor meramalkan beliau boleh hidup sehingga 8 tahun.
  • Keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih bersih persekitarannya. Kesihatan beliau terkawal sehingga beliau meningkat remaja tetapi tidak seaktif dan secergas remaja lain.
  • Dr Forrest Shaklee mendapat ilham dari bahan bacaannya dan mengambil falsafah 'dadah(ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit.' Beliau sedar dari permerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.
  • Pada tahun 1915 Dr Forrest Shaklee mencipta suplemen pertama didunia dalam bentuk makanan dan beliau menamakan 'Vitalized Minerals' yang kini dikenali sebagai Vitalea.
  • Pada tahun 1921, Dr Shaklee disahkan menghidap kanser dan perlu di potong bahagian lengan dan kaki. Beliau menolak dan mengambil keputusan untuk melawan kanser secara semulajadi. Beliau memberitahu kepada isterinya 'Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya'.
  • Shaklee percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
  • Pada tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh dan sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser.
  • Pada tahun 1929, sekali lagi Dr Shaklee ditimpa ujian. Pusat rawatan beliau yang dibina pada tahun 1924 musnah terbakar. Kesemua rekod beliau musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbart bertajuk Little Journeys to The Homes of Great. Sebahagian dari dalam buku tersebut berbunyi ' When all else is destroyed, only the product of the mind exists'.
  • Dr Shaklee memilih untuk membuat kajian dan fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang sakit. Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945.
  • Dr Shaklee dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada CommonWealth University Los Angeles.
Penubuhan Shaklee Corporation.

● Pada penghujung tahun 1956, usia Dr Shaklee 62 tahun, beliau memberitahu anaknya bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan suplemen.
● Pada April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Dr Shaklee berkata kepada anaknya 'Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ni akan ajar kepada yang lain'. Dan dengan beberapa kajian , kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadikan konsep direct selling produk seuplemen menjadi fenomena hari ini. Semuanya bermula dari keyakinan Dr Shaklee tentang kuasa penyembuhan & falsafah 'Toughtmanship' beliau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...