Kelas Shaklee Pertama 2015 di Faizland Training Centre (FTC)

Assalamualaikum dan hi,

Firstly, selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca blog saya. Bulan 1 dah nak sampai penghujungnya baru la nk buat entry baru...hihi.. konon bebizi sangat la kan... Harap lepas ni boleh push diri untuk tambah entry setiap hari, kalau tak, tak guna la pergi kelas yang boom kebaboom kat Faizland Training Centre (FTC) tu. Tulis entry kali ni pun nak citer pasal kelas di FTC la..

Disebabkan antara 1001 wishlist 2015 saya adalah untuk menambah ilmu dalam Shaklee tahun ni, so dengan semangat berkobar-kobar, saya telah mendaftarkan diri ke beberapa kelas kat FTC untuk Januari ni... Untuk kelas pertama ialah Kelas Asas Blogspot yang dikelolakan oleh grandnanny saya Kak Mashitah Mamat, Pn Kay Karina dan Pn Nurul Aula.

Poster yang mencuri hati saya..ecehhh...
Satu perkara lagi yang membuatkan saya nk pergi kelas ni sebab boleh bawa anak..haaa, orang lain pergi kelas tinggal anak pada pengasuh tapi saya nk bawa anak... Yela, 5 hari tinggal dengan pengasuh, kesian la kat dia kan... So, saya pun bawa anak saya bersama ke kelas ni.. pagi-pagi lagi dah bersilat dengan anak nak menyiapkan dia...

Actually, tempat ni tak susah nak cari sebab terletak dibangunan belakang Hospital An-nur, ala hospital swasta untuk ibu-ibu mengandung tu... Tapi saya terlepas jalan masuk so kena la pusing semula untuk masuk ke kawasan bangunan tu... Kelas terletak di tingkat 3. Bila masuk rasa macam bukan dalam kelas. Rasa macam tempat diskusi santai je.. Dengan anak-anak yang bermain... Hmmm, Sofia mula-mula je malu, lepas tu dia buat macam kat rumah dia je la... Selamba je dia main whiteboard kat depan, tau la papa awak cikgu... Anak papa sangat...

Kelas di dilengkapi dengan kerusi, meja (of coz kena ada kan..), PA sistem yang jelas, nursery untuk anak-anak bermain (banyak permainan dalam tu, untuk bapak-bapak nak lelap mata pun boleh.), surau dan yang utama tandas..hihi.. PM Cery juga sedia makanan ringan dan suplemen Shaklee kat satu sudut tu... Di tingkat bawah bangunan ada kedai makan, tak perlu la pergi jauh-jauh untuk cari makan waktu rehat..
Hayfa Sofia di FTC

suasana dalam kelas

Masing-masing khusyuk menimba ilmu


Untuk kelas seterusnya bulan Januari ni, saya sudah daftar ke kelas basic Shaklee bersama PM Cery.. Tak sabar rasanya.. hihi.. hari tu jumpa malu-malu la sangat kan, segan nak tegur..lagi pun ramai orang.. Sofia pulak kehulu kehilir depan PM Cery... Dia yang sedut aura PM Cery...hihi.. Ada 1 lagi kelas, Shape-up Class tapi saya baru je email nama. Ntah dapat ke tidak... Lagipun tak tanya hubby lagi...huhu.. In Shaa Allah, kalau ada keizinan Allah dan suami boleh la pergi :)

ok, setakat ni dulu entry kali ni..berkenaan pengisian kelas blog seo, in shaa Allah saya tulis dalam entry lain... lepas pergi kelas banyak pulak idea nak tulis tapi kena rangka betul-betul sebelum tulis.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...