Happy Birthday my little angle

Salam n Hi,

Pejam celik-pejam celik dah setahun my little angel dipinjamkan dari yang Maha Esa...Masih teringat detik-detik nak melahirkan dia... Tarikh 11hb Sept 2012 dah dikira lewat dari jangkaan. Sepatutnya 9 Sept.. Tapi semuanya kuasa Allah kan.... 10 Sept, saya kena tahan di wad sebab darah dah turun.. Contraction tak berselang 2 jam tapi sebab dah turun darah, doc suruh saya duduk kat wad je...

Jam 10 malam, makin kuat sakitnya, try panggil nurse bagitahu sakit sangat. Nurse pun bawa la jmp doktor, doktor seluk untuk tengok bukaan tapi masih 1 cm... WAAAA, lama lagi ke... Nurse suruh jalan-jalan untuk cepat buka tapi memang tak mampu dah rasanya.

Jam 2.30, contraction selang 2-3 minit, ada sorang nurse datang cek pesakit sebelah katil tegur 'sakit sgt ke dik'.. so saya angguk je.. Pegi cek sekali lagi bukaan, rupa-rupanya dah 5cm!! terus nurse suh duk atas wheel chair untuk masuk labour room, dia amik kan baju baby.. Saya call hubby suruh datang...

3 jam dalam labour room, jam 6.02 pagi baby pun keluar...citer dalam labour room mmg x leh lupa..hubby cakap saya susah nak push...mana nya tak susah, dari pukul 7 tak makan , tak de tenaga dah tu...saya nasihatkan untuk yang nak bersalin tu, makan cukup-cukup ye...

ni baby yang comel sangat tu..



Hayfa Sofia - My Little Angel

Gebu tak?? anak shaklee #set mengandung + #set menyusu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...